Dasar Privasi: Aplikasi VPS Rclone

Kemas kini terakhir: 11 November 2026

Tentang aplikasi. VPS Rclone ialah alat dalaman milik Akademi Sinergi (Fazrul Ismail). Ia digunakan untuk menyalin fail sandaran (backup) dan klip video dari pelayan peribadi kami ke akaun Google Drive kami sendiri. Alat ini tidak ditawarkan kepada orang awam.

Data Google yang diakses. Aplikasi ini hanya mengakses Google Drive milik pemilik akaun, untuk memuat naik, menyenaraikan dan memuat turun fail sandaran dan video yang kami cipta sendiri. Ia tidak mengakses data pengguna lain.

Cara data digunakan. Data digunakan semata-mata untuk tujuan sandaran dan penyimpanan kandungan. Data ini tidak dijual, tidak dikongsi dengan pihak ketiga, dan tidak digunakan untuk iklan atau melatih model AI.

Keselamatan. Token akses disimpan dalam pelayan peribadi yang dilindungi. Fail sandaran disulitkan sebelum dimuat naik.

Tarik balik akses. Akses boleh ditarik balik bila-bila masa melalui https://myaccount.google.com/permissions.

Pematuhan. Penggunaan maklumat yang diterima daripada Google API mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use.

Hubungi kami: fazrul.ismail@gmail.com