.
.

- This event has passed.
Talaqqi & Tadabbur (TNT) Online bersama TV Al Hijrah
1 December, 2020 @ 9:15 pm - 28 December, 2020 @ 10:15 pm
Inilah peluang bersama Ust Tarmizi, Ust Fazrul dan Ust Tirmizi dan dipantau selia oleh jurulatih bacaan (talaqqi) dan kefahaman (tadabbur) al-Quran.
Apakah maksud Talaqqi & Tadabbur?
Talaqqi – kita bertemu (online) untuk membaiki bacaan Quran
Tadabbur – kita memahami teknik memahami Quran
Ada syarat?
Talaqqi – sudah boleh membaca Quran walau tidak lancar
Tadabbur – tidak semestinya pandai membaca Quran
Apakah format program?
Peserta akan mengikuti kelas dalam Zoom dan akan dipecahkan kepada kumpulan kecil.
Apakah yang saya perlukan untuk ikuti kelas ini?
1. Telefon bimbit pintar yang ada internet atau laptop yang ada akses internet baik. Jika ada earphone lagi bagus.
2. Bersedia dengan aplikasi zoom yang telah download dalam telefon pintar atau laptop.
Bila akan bermula? 1 Disember 2020 (Selasa)
Masa kelas? 9.15 malam hingga 10.15 malam (1 jam).
Hari kelas?
Berapa orang satu kelas? Bagaimana kelas berjalan?
- Awal program, peserta akan berkumpul pada jam 9.15 malam.
- Kelas akan berlangsung sehingga 10.15 malam (1 jam) pada hari Isnin & Rabu (Talaqqi) serta Selasa & Khamis (Tadabbur)
- Kemudian akan dipecahkan kepada kelas. Max 50 orang.
- Peserta akan berlatih dengan guru-guru yang diselia oleh Ust Tarmizi & Ust Tirmizi (bagi talaqqi bacaan) dan Ust Fazrul (bagi kelas teknik tadabbur).
- Peserta akan juga membaca dengan guru (talaqqi) dan berkongsi apakah hasil tadabbur menggunakan teknik yang diajar (tadabbur)
- Selepas kelas, peserta menghantar video/ audio bacaan (kelas talaqqi) atau kanvas tadabbur (kelas tadabbur) untuk disemak oleh guru.
- Peserta akan diberi akses kepada web pembelajaran di legacycircle.my untuk akses rakaman kelas atau pelbagai nota serta video pembelajaran.
- Jika peserta mencapai syarat minimum program bulan itu, sijil digital akan dikeluarkan.
Berapa kerap kelas?
Pakej Kelas TnT – 8 kali Talaqqi & 8 kali Tadabbur
Pakej Kelas Talaqqi sahaja – 8 kali
Pakej Kelas Tadabbur – 8 kali
Berapakah pelaburan sebulan?
Kombo Talaqqi & Tadabbur – Earlybird RM 300, Harga Biasa RM 500
Talaqqi Online – RM 300
Tadabbur Online – RM 300
Modul setiap bulan modul sama atau lain?
Modul dan rangka pembelajaran yang sama, juzuk (silibus) yang berbeza.
Menarik. Bagaimana saya mahu mendaftar?
Hubungi (whatsapp) 013-964 6618 / 012-505 1357
Dapatkan info menarik TNT di grup telegram : https://t.me/talaqqitadabbur