ILC – Membantu untuk Dibantu

SOP ILC

3 Langkah untuk Jaringan di ILC

  1. Di web AS, masukkan profile masing-masing
  2. Browse profile orang lain
  3. Connect 

Bagaimana menulis profile yang bagus ?

1.Masukkan nama seperti di KP

2. Masukkan email dan no tel (ia tidak akan ditayangkan). Email penting kerana rakan ILC lain boleh berkomunikasi secara langsung 

3. Legasi 3 bulan dan 1 tahun
Nyatakan apa yang anda ingin capai dalam 3 bulan dan 1 tahun. Profil yang bagus ialah memberi nilai kepada orang ramai. Ada 11 panduan nilai yang dicadangkan dalam Business Model Canvas (rujuk di bawah)


Contoh yang baik: Saya ingin membawakan buku yang berkualiti dari Indonesia dengan harga berpatutan. (pembaca merasakan nilai tambah jika membantu legasi atau bisnes ini)

Contoh kurang baik: Saya ingin mendapatkan 10K dalam akaun saya dengan bisnes ini (pembaca tidak terasa nilai sedang diberikan kepada masyarakat)

4. Apa yang diperlukan? Ditawarkan?

Dalam bahagian ini, nyatakan apa yang diperlukan untuk menjayakan projek 3 bulan dan 1 tahun. Dari aspek fizikal, intelek, emosi/ sosial dan spiritual.

Dalam masa yang sama, apakah kekuatan yang anda ingin tawarkan atau infaq dari aspek  fizikal, intelek, emosi/ sosial dan spiritual.

Makin lagi jelas apa yang anda nyatakan, ia akan memudahkan carian. Perkataan anda perlu dieja baik agar sistem carian dalam web Akademi Sinergi akan berfungsi dengan baik.

5. Sosial media/video/profile

Nyatakan secara kemas semua media sosial dan web yang anda ada. Juga kalau boleh letakkan video profil atau legasi anda (bawah 5 minit) di Youtube untuk pembaca memahami apakah yang sedang anda bina. Walaupun ini optional, ia memudahkan pembaca memahami apa yang anda buat. Ia seperti spotlight dalam program ILC secara offline.

6.Ringkasan

Nyatakan secara ringkas tentang diri anda sebagai pengenalan untuk menarik perhatian orang yang melihat profil anda untuk klik dan memahami lebih lagi siapa diri anda untuk membantu untuk dibantu.

Apakah 11 nilai tambah yang dicadangkan dalam Business Model Canvas?

  1. Newness
  2. Performance
  3. Customization
  4. Getting the job done
  5. Design
  6. Brand/ Status
  7. Price
  8. Cost Reduction
  9. Risk Reduction
  10. Accessibility
  11. Convenience/ Usability

Bacaan yang bagus ada di sini

Bagaimana menggunakan Search untuk mengenal sumber atau memberi infaq?

  1. Search istilah yang ada kaitan dengan anda.
  2. Baca Profil setiap orang dan lihat apa ruang kerjasama yang ada
  3. Setiap individu tidak hanya ada satu profil atau projek. Anda boleh terus mencari ruang untuk 

Bolehkah saya hantar lebih 1 projek legasi di peringkat individu? Lebih 1 organisasi untuk diletakkan di sini?

Direktori ILC ialah lokasi potfolio anda. Silakan berkongsi sebanyak mungkin. Ia memberi ruang lebih ramai memahami legasi dan bisnes yang pelbagai anda. 

Bagaimana hal kesahihan info?

Semua ahli diminta jujur dan amanah. Jika ada isu tidak tepat atau tidak mengikut disiplin ILC, keahlian di sini akan ditamatkan.Kami di Akademi Sinergi akan sentiasa memantau dan menerima maklumbalas daripada ahli ILC.