Modul SAIF

SAIF ialah satu modul yang berhasrat untuk melonjakkan aspek berfikir dan berakhlak berteraskan kajian 16 Ayat Ulul Albab.

Ulul Albab adalah satu golongan yang diangkat dan dipuji oleh Allah dalam al-Quran. Kajian Ulul Albab dilaksanakan di Akademi Sinergi sejak 2012. Beberapa siri bengkel bersama pihak MARA dan institusi swasta di Malaysia dan Singapura dilaksanakan bagi mencari apakah formula Ulul Albab yang boleh melonjakkan kualiti institusi atau individu.

Konvensyen Ulul Albab 2.0 dilaksanakan pada 8 Mei 2019 di Karangkraf Shah Alam. Pada Ramadhan 1440 H ini, kajian dan bengkel Ulul Albab dilaksanakan lebih kerap. Perjalanan formal institusi pendidikan Ulul Albab di Malaysia juga sudah mencapai sekitar 20 tahun serta sedia untuk mengorak lebih laju ke depan.

Laman ini memuatkan beberapa info tentang SAIF bagi pihak yang berminat menggunakan modul ini bagi melonjakkan produktiviti dan pencapaian ahli organisasi, persatuan sosial atau institusi pendidikan tadika, rendah, menengah serta kolej universiti berteraskan kajian 16 ayat Ulul Albab.