
SEMINAR PEMBANGUNAN KARAKTER BERTERASKAN SURAH LUQMAN
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya, 'Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar' " (Luqman: 13)
Seminar Pembangunan Karakter Berteraskan Surah Luqman adalah seminar siri ke-2 Ibrah Quran, selepas Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi pada Januari 2012 yang lalu. Pada seminar kali ini, pihak kami berhasrat untuk mengembangkan salah satu kriteria unik pada Ashabul Kahfi, iaitu soal “Pembangunan Karakter”, dengan menggali worldview dan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Surah Luqman, sebagai substans kepada usaha membangunkan karakter di semua peringkat, iaitu di peringkat keluarga, tempat kerja, sekolah dan platform seumpamanya.